Sudah sekian lama blogku ini ditinggalkan.Tanpa entry baru,tanpa perubahan rupa.haih.
Seperti biasa.
Entryku akan berkisar tentang kegiatan hariku,luahan hati,emosi dan lain-lain perkara yang bagi ku penting tapi bagimu tidak.
Seperti aku selalu katakan "ni blog aku,mamposlah".
Kisah hidup aku pada hari ini:-
Bangun pagi.
Jalan kaki ke kelas.
Mendengar pensyarahku berkata-kata dihadapan.
Menghantar mesej ringkas berbunyi begini "sudi x wanita ni temankan lelaki ni makan?"
Mesej dibalas berbunyi begini "i klas kul 12.dah lupe?haha"
Menggangap ia sebagai jawapan 'ya'
Berjalan menuju ke arah ruang selera/coe foodcourt/tempat manusia2 kejuruteraan berkumpul
Menunggu sambil ditemani sectionmates *ada orang nak tergelak ke bila dengar perkataan sectionmates? *
Pukul 13.09,sampai juga dia akhirnya.
Jom makan!
Makan nasi ayam diiringgi milo ais *bukan milo ais tin ye,sori =)*
Nasi ayam tidak memasuki jiwaku.sorry.
Habis makan.
Bercerita lama.heee.
Tup-tap-tup-tap
Kuliah seterusnya bermula.haih aku katakan.
Kejutan kedua pada hari ini.Pensyarahku membuat keputusan untuk mengadakan quiz kejutan."Najis"aku katakan dalam hati.
Tup-tap-tup-tap
*Agak penat la kalau nak tulis semua benda,so cerita dipotong pendek.Bahagian yang tidak menarik aku tapiskan. *
Sampai sahaja dirumah,aku menerima panggilan dari housemateku,berbunyi begini "najis cepat la wei,aku kat bawah nie.jom la beli durian"
Dengan kadar segera,aku turun.
Naik kereta bersama housemateku yang satu lagi.
Vrooom menuju ker bandar baru bangi.
Tup-tap-tup-tap
Habis makan.
Buka aibob seperti biasa.
Buka blog.Rakam masuk.Taip entry ini.
Sekarang.
Buntu.
Aku kua.
Hari ini aku ceria.
Happy
Gumbira
Selamat malam dan selamat bangun.
20080731
Gumbira? mmg ye la.
20080728
S e b a b
Hari ini aku agak gumbira,kurang serabutnya,kurang emosinya.
Sebab:
Sebab hari ini aku spend time dengan adik beradik.
Sebab malam ini aku dapat cakap dengan orang tu.
Sebab malam ini dia angkat panggilan aku.
Sebab malam ini dia balas mesej aku.
Sebab malam ini aku dapat baca blog yang dah diupdate *hehehe*
Sebab esok aku kena bangun awal
Sebab esok aku dapat makan tengah hari *jangan hampakan saya keyh?*
Sebab esok 28.07.08
Sebab esok hari isnin.
Sebab esok hari baru.
Sebab esok esok.Noktah.
Sebab sekarang aku dah balik.Hi uniten.
20080726
p o l a r o i d
Asyik mendengar P o l a r o i d covered by Yuna.Ini link ke page ohchentaku,malas nak buka youtube pastu copy url.
Saya pemalas.
k e n a p a?
Agak sedih la hari ini.
K e n a p a ?
Tak tahu kenapa.
Macam semua benda buat tak menjadi.
Mungkin ini semua mainan hati je kot.
Macam hidup keseorangan.
Call sana tak dapat.
Call sini tak angkat.
Sms sana tak masuk.
Sms sini tak jawab.
Mungkin ada sedikit masalah dengan network kot.
Agak sakit-lah bila keadaan dah macam itu.
Mungkin ini semua lagi sekali,mainan hati.
Entah la.
Semalam aku dah topupkan akaun Mymode aku.haha.
Ya,penjualprepaidjalanan kembali beraksi.
Mula berniaga kembali.
Marilah datang c2-03-02
Marilah ramai-ramai buat aku kaya *x kaya mana pun tapi kesenangan buat aku la*
Join lah jual sekali.
so kita ramai-ramai boleh kaya dan tidak perlukan pembiayaan dari PTPTN.hahaha.
Aku tipu.
Aku masih perlukan bantuan pembiayaan.Aku sayang MARA *entah dapat ke tak gamaknya.Nak approve bapak lama.haih*
20080725
Semalam aku mem'bleach'kan men'dye'kan rambutku.Sahaja untuk suka-suka.Ada yang akan mengatakan ia menonjolkan sedikit keboyanan.Tapi tak mengapa.haha.Aku suku indon.So tidak mengapa.hahaha.serious.
Google la nama aku.Selepas itu klik dimana perkataan Asahan keluar.
Mesti ada sedikit informasi tentang belah-belah Asahan -ku.*Ada ker? lupa la aku*
Nota kaki:Tahu ke nama sebenar aku? Siapa tahu boleh la search.haha
20080723
Manusia-manusia sekalian,alam cyber merupakan tempat aku meluahkan perasaan aku.Hari ini bagi aku merupakan hari paling seronok bagi-ku.Ya,pada pertama kalinya,aku dapat menjawab kuiz yang diajukan oleh pensyarah-ku.
Pencapaian yang agak mediocre gitu.
Tetapi kuiz ini merupakan kuiz bagi subjek C-programming.*Okey la,ia bukannya satu benda yang besar dan suatu yang perlu dihebohkan tapi aku kisah apa,ini blog aku.hahahahaha*
Okey,mari sini aku cerita sebab sebenar kenapa aku berasa sebegini gembira *senyum lebar sambil menaip* ialah kerana hari ini aku rasa masa aku digunakan atau di'utilise' dengan sebaik mungkin.
Walaupun kelas aku bermula pada pagi hari dan selepas itu aku mempunyai masa terluang yang agak panjang tetapi disebabkan kehebatan aku menguruskan masa.Aku berjaya menguruskannya *agak pelik ayat aku tapi apa kisah.haha*
Pagi aku bermula dengan kelas c-programming *telah aku ceritakan di awal entryku ini*.
lap-lup-lap-lup,kelas pun habis.haha.
So,aku pun mula berangkat ke tempat dimana mahasiswa dan mahasiswi kolej kejuruteraan berkumpul,menjamu selera,bergosip sakan,meraih dosa *disebabkan gosip dan aktiviti-aktiviti lain yang mengundang kedosaan*,membuat amal dan lain-lain lagi.
Suasana di foodcourt COE ala-ala pasar chow-kit pada "peak hours".
Setibanya aku disitu,aku dengan pantasnya mencari tempat untuk merehatkan kaki aku yang penat berjalan.Akhirnya,aku jumpa.Aku dan beberapa sectionmates aku pun duduk.Aku sebenarnya menanti seseorang itu untuk menemani aku makan *dah janji so aku tunggu la,hee*
Sambil menanti aku ditemani oleh segelas milo ais tabur cik ros.haha
*
*
Tap-tup-tap-tup-tap *masa berlalu*
*
*
Kesimpulannya disini ialah aku makan nasi berlaukkan ikan keli dan owh yeah,tuty pula makan nasi berlaukkan ayam atau lebih dikenali dengan nasi ayam.haa.
Sebenarnya aku nak cerita secara terperinci tentang kegiatan aku pada hari ini tetapi tangan dah penat.So akan aku pendekkan cerita and simpulkan sekali gus.
Selepas sesi makanku,aku mempunyai 'break' hingga pukul 4 petang.
Aku mempunyai kelas tutorial advance calculus dan pada pukul 5 petang,aku mempunyai makmal elektronik.haih.
Disini,kekejangan otak berlaku sekali lagi dan ditambahi dengan kepeningan dan kecelaruan.
Hampir semua perkataan carutan dan lucah keluar dari mulut manisku ini tetapi keluar dengan nada yang agak rendah sehingga manusia disebelahku tidak dapat mendengar *kalau menjerit kang,pensyarah cakap tiada adab dan kurang didikan agama dan kemungkinan besar aku akan dihalau keluar dari makmal*
Pada waktu makan malam pula tadi,aku terjumpa akram,tiba-tiba cerita pak guard keluar *warga uniten akan faham maksudku ini*.
Apa lagi berduyun-duyun,berdas-das aku mengeluarkan hujah-hujah tentang betapa lancaunya;kita sebagai pelajar IPTS dikenakan curfew bagaikan pelajar di IPTA.
Apakah kita tidak membayar yuran pengajian yang tinggi?
Apakah kita bukan pelanggan TNB yang paling mahal?
Apakah rasionalnya pihak pentadbiran berbuat sedemikian?
Jangan sampai aku buka cerita tentang betapa banggang atau bengangnya aku sebab kes apartment.haih.
Ini semua luahan hati haha.
owh yeah,aku happy juga sebab hari ini slip MUET aku dah keluar and server aibob dah kembali beroperasi.haha
20080721
Hari ini hari paling best.Sebab apa?
Sebab hari ini,lecturer-ku membuat keputusan untuk mengadakan satu,bak kata penjajah 'pop quiz'.
Aku dengan penuh semangat menyalin soalan yang diajukan dan melihat secara kasar soalan itu *aku ini rabun sedikit*.Selang beberapa saat kemudian,aku sedari yang aku tidak mampu untuk menjawabnya.Selang lagi beberapa saat,suatu perkara menimpa diriku;otak aku mengalami kekejangan,ye OTAK aku mengalami kekejangan.
'Haha' aku katakan dalam hati.
Jawapan yang aku berikan adalah soalan yang diajukan.Terima kasih pensyarahku.Terima kasih.
20080720
kenapa manusia perlu tamak?
kenapa manusia perlu keji?
kenapa manusia perlu dengki?
kenapa manusia perlu cinta?
kenapa manusia perlu malas?
kenapa?
Ini kerana sifat-sifat ini sudah tersedia ada didalam diri setiap manusia.Lumrah hidup,hukum dunia.
Hari sabtu-ku,emosi dan perasaanku:-
best
penat
lelah
serabut
happy
ceria
gembira
lapar
sejuk *nonton Dark knight,agak sejuk la cinema 2 TGV,kan tuty kan?*
Rentetan hari sabtuku:-
-Bangun agak awal untuk MSK kelab wawasan.
-Dari 8.00 am hingga ke 5.30pm
-Hari yang paling best+ceria+gumbira+penat.
-War game paling best *sebab jadi jeneral,haha*
-War game best sebab jadi jeneral.
-Jadi jeneral.
-Jeneral *Aku taip jeneral nak dekat beberapa kali,aku kisah apa.Blog aku kot.hahaha*
-Kelab wawasan sampai mati la bai.Hidup ceria sebab mereka.
-Habis MSK,main basketball di court ILSAS.Tuty main jugak walaupun kaki die bengkak *kecian dia*
-Pukul 9.00 pm pergi jusco balakong makan KFC selepas itu tunggu sampai pukul 12.15 am untuk tengok Dark knight.xda hal la cerita orang putih panjang macam cerita hindustan tapi xper,ia tetap best.
-Lepak dekat kedai mamak dekat serdang *Pak guard uniten tak bagi masuk pulak,so kena stay sampai pukul 5 am baru boleh masuk,xder hal la wei*
-Sekarang,sedang taip entry blog.haha.Aku kua.
-seperti biasa,katilku memanggil namaku-
-selamat tidur dan selamat bangun-
20080719
Saya rasa sungguh happy.Tak tahu kenapa,perasaan 'euphoric' ini membuak-buak dalam diriku.haha,mungkin disebabkan tadi aku makan nasi berlaukkan ayam goreng berkuahkan kari ayam + ikan di upten chicken rice.hurm,mungkin juga.
Sudah 2 minggu ku berada di universiti kesayanganku.Owh,sungguh banyak agenda telah berlaku.Bazaar club dan lain-lain,sibuk ke bangunan Admin,naik turun ke bahagian enrolmen dan penajaan dan tak lupa juga turun naik ke kl sentral untuk menyelesaikan masalah PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional).
Sibuk menyesuaikan diri.Owh yea,aku dah 1st year degree beb *senyum kambing sambil menaip*
Aku suka hidup aku.Manusia-manusia di universitiku menyumbang kepada kebahagianku.Disebabkan mereka aku happy.huhu.
Ok,esok aku ada program and seperti biasa,kedengaran juga katil cendekiawanku memanggil-manggil nama ku.
-Selamat malam dan selamat bangun-
20080706
Hi manusia sekalian,saya tahu blog saya ini semuanya masih sama dari isi kandungannya ke penulisannya.haih, semua tidak di'update'.Maaf ku pohon.Kenapa lambat untuk update blog? sebabnya?
Saya amatlah busy dengan program orientasi Jun intake 08/09.Bukannya saya tidak mahu meng'update'kan blog,cuma tiada masa dan kepenatan yang dirasai badan amatlah melampaui tahap dewa.haha.
Sekarang saya akan menceritakan atau mengsimpulkan *ada ke perkataan mengsimpulkan?* sedikit sebanyak tentang program orientasi intake ini.
Manusia yang masuk intake kali ini amatlah banyak,about 1188 people.Fa-c nya cuma 90 orang.Bayangkan macam mana 90 orang fa-c handle 1188 orang?hahaha kukatakan.
Manusia kali ini yang masuk semuanya best-best *group yang aku handle best la,group E4 beb.wohooo*.
Pengalaman yang aku dapat amatlah best sebab ini adalah pertama kali aku jadi fa-c,kalau last year aku jadi peserta sekarang aku pula yang jadi fa-c.
Permulaan aku dalam program asas,aku jadi peserta dan bila berakhirnya zaman asas ku,aku jadi fa-c.Sungguh sentimental aku rasa.hahaha*berapa kali aku nak ulang?hahaha.Blog aku,so mampus lah*.Owh yeah,pengalaman yang aku rasa paling best adalah,seperti biasa,berkenalan dengan manusia-manusia baru.hahaha.
Keputusan aku untuk menjadi fa-c,aku rasa adalah keputusan yang paling bagus pernah aku buat.Biarpun badan letih longlai,biarpun minda kusut serabai tapi pengalaman dan rakan-rakan yang aku dapat,berbaloi sekali.Bak kata orang 'the juice was worth the squeeze'.
Sekarang meh aku cerita sedikit sebanyak tentang dilemma yang sedang aku alami iaitu penukaran course.Aku ditawarkan program ijazah dalam jurusan elektrikal dan elektronik.Tapi niat dalam hati hendakkan mekanikal.So macam biasa,aku pergi ke unit enrolmen,untuk tanya apakah prosedurnya jika seseorang pelajar yang didalam kebuntuan ini hendak menukar coursenya,dengan coolnya, pegawai di kaunter menjawab 'dik,sekarang masa nak tukar course dah takleh,kalau nak tukar kener tunggu sem depan,bulan november'.So aku anggap itu seperti satu petanda dari atas,untuk aku stay dengan course yang telah ditawar.Tapi aku masih berdegil,aku pergi pula berjumpa dengan pegawai lain untuk mendapatkan kepastian.Tetapi pegawai itu tidak kelihatan,satu lagi petanda.Aku pergi lagi bertanya kepada pegawai lain,disini aku mendapat kepastian yang elektrikal dan elektronik memang ditakdirkan untuk aku.Pegawai ini berkata 'dik naper nak tukar course?Kalau nak tukar boleh tapi adik kener tulis surat rayuan,mintak tandatangan dekan adik,timbalan naib cancellor sumer,prosedur dier agak panjang la.Pastu akak raser adik kener bayar rm100.00 kan?'.hahahahahahha aku katakan didalam hatiku yang pada masa itu didalam kebuntuan dan kekusutan.
Ini adalah sedikit sebanyak tentang apa yang sedang aku hadapi.haha.ketawa dalam hati yang masih sedih kerana tidak dapat menukar programnya.Mungkin aku memang ditakdirkan untuk memegang pateri daripada spanar.haih.
-Otak kusut,badan lemah-