20080830

kisah semalam.Mungkin

Aku rasa macam semua benda aku buat kebelakangan ini tak menjadi semuanya.

Dari pelajaran hingga ke pergaulan.

Kenapa yer?

Mungkin ini bukan hari aku.
Mungkin ini bukan bulan aku.
Mungkin ini bukan tahun aku.
Mungkin ini bukan nasib aku.

Jap,mungkin ini memang nasib aku.

****
Lagi satu.

Semakin lamaku di universiti,ku terasa diriku semakin bodoh.
Haih aku katakan.
Rasanya seperti semua benda yang dikerjakan seperti tiada makna.

Mungkin salah aku tak mendengar syarahan semasa kelas.
Mungkin salah aku tak tumpukan perhatian.
Mungkin salah aku terlena semasa syarahan.
Mungkin salah aku.
Fullstop.
Memang.

haha.

Nota kaki:
Rumah ku sekarang,bekalan kerangnya amatlah banyak.
Terima Kasih aibob.
haha.

20080826

Tagged by izwah

Starting time: 8.36PM
Name: Raja Harith Rifqi
Sisters: 1
Brothers:1
Shoe size: 10 us
Height: 171cm
Favourite drinks: Milo ais tabur cik ros
Favourite breakfast: Jarang breakfast tapi kalau dulu kat sekolah nasi lemak Jalan J

Have you ever
Been on a plane: check!
Swam in the ocean: Jawapan saya iye
Fallen asleep at school:Tak sempat nak tidur kat kelas sebab tak sempat pergi pon sebab asyik bangun lambat Jawapan saya sememangnya ya.
Broken someone's heart:Saya tak pasti kemungkinan besar jawapannya No.
Fell off your chair: hahaha.pernah kot aku rasa.
Sat by the phone all night waiting for someone to call to call someone: Yes
Saved e-mails: Yes
What is your room like: as the way i like it
What's right beside you: Handphone and handphone
What is the last thing you ate: Sardine on bread.


Ever had
Chicken pox: yes,kesakitan yang dialami amatlah sedih
Sore throat: Selalu
Stitches: Yes
Broken nose: No

Do you
Believe in love at first sight:Yes.ching~
Like picnics: Yes but picnics here in sunny Malaysia is not like the one's u see in the movies but i still love Malaysian's way of picnicking

Who was were the last person
You danced with: Hurm.myself
Last made you smile: Tuty =)
You last yelled at: i dont yell.haha

Today did you
Talk to someone you like: Yes ofcourse.
Kissed anyone: No
Get sick:Yesterday i did but today,so far so good
Talk to an ex: No
Miss someone: Yes
Eat: Yes

Best feeling in the world
Do you sleep with stuffed animals: i dont even have proper bed requirements
What's under your bed: *sedang check bawah katil* hurm all i can tell u is that,ada dust bunny and things yang buat ak geli2.
Who do you really hate:Manusia yang perangai seakan binatang and manusia yang menyusahkan daku.
What time is it now: 8.53 PM

Random
Is there a person who is on your mind now: Ofcourse.
Do you have any siblings: Yes
Do you want children: Yes i would love to have kids.
Do you smile often: Yes
Do you like your hand-writing:Im fickle because i have like three different styles of handwriting but i like my current hand writing.


Are your toe nails painted:im not ghay
Whose bed other than yours would you rather sleep in: This is a tough one.Its a choice between my cendekiawan bed and my 16 year old bed that is at Ampang.

I have to go with the Ampang.

What color shirt are you wearing now: Army green
What were you doing at 7:00 p.m. yesterday: Was at Upten having a drink after playing basketball
When did you cry last: i cant remember
Are you a friendly person: Yes
Do you have any pets: soon.haha
Where is the person you have feelings for right now: college of engineering.ilmu

Do you sleep with the TV on: Yes.It acts as background music for me.
Have you ever crawled through a window: Never have
Can you handle the truth: Yes
Are you too forgiving: No
Are you closer to your mother or father:Hard to say but i can safely say that im closer to my nenda.
Who was the last person you cried in front of: My dad.
How many people can you say you've really loved: 1
Do you eat healthy: I believe so. Does sunkist + milk consider healthy?
Do you still have pictures of you & your ex: NO
Have you ever cried because of something someone said to you: Yes i cried of something that my ex said.im not ashamed to admit that i cried.


Are you loud or quiet most of the time: Loud i guess.hee
Are you confident: I believe so

3 things on my to-do list today
1.Meeting someone at the foodcourt
2.Study for C-Prog
3.Thinking of ways to improve myself.hahahaha

3 snacks I enjoy
1. Choki-choki
2. Super Ring
3. Ice cream yang hanya terdapat di KK mart jalan Bukit Bintang.

3 things I would do if I were a billionaire
1. Open up chains of restaurant.My 1st would be a Mcdonald.
2. Have estates around the world
3. Have like 9 sets of cars like Maserati,Ferrari,Lambo,Pagani zonda,Proton,Porche.
9 kereta sudah.Minyak di Malaysia mahal kot.
My 1st would be Ferrari f430.

3 of my bad habits
1. Talk alot.i guess
2. Sleep alot.
3. Act before thinking all the way through

3 places I have lived in
1. Melawati *used to*
2. Ampang beb.
3. Keramat

3 jobs I've had
1. Part time staff at Mambo.huhu
2. Part time sandwich master at Obrien's
3. Full time student/engineer to be

3 people I tag
1. Tuty *i would love to tag her but she's already been tagged =(*
2. Enche Kacak
3. Chedet.haha




20080824

kisah semalam.selamat tinggal cuti

Cuti.
Buh bye.
selamat pergi dunia istimewaku.

Realiti.
Hi.
selamat kembali kedunia sebenar.

20080822

kisah semalam.kaum hawa,berubah boleh?

Entry ini mungkin akan menyinggung perasaan segelintir pembaca (terutama sekali kaum hawa)
Aku bukannya sexist ke apa.Tapi dalam masa ku yang owh sungguh lapang ini,ku telah membuat sedikit analisis terhadap cara pemanduan kaum bertentangan ini.

***

Pemanduan:
Bapak haram nye.
Mereka fikir kalau dah pasang signal,mereka boleh main masuk je ke lane lain?
Adakah mereka sangkakan signal mereka itu "signal magis"?

Sudah pasang,boleh main redah sahaja potong haluan orang lain tanpa melihat cermin disudut dan cermin ditengah?
Adakah itu semua aksesori tambahan?

Agak panas la kan,kalau kita dah beratur panjang di lane yang sepatutnya kita berada dan tanpa disedari,kaum hawa ini dengan selamba nye memotong keretaku tanpa segan silu.

"Bapak haramnya perangai" ku katakan dalam hati.
Dalam hati sudah kerana dalam keretaku terdapat manusia-manusia lain dan mungkin akan dianggap kurang ajar jikalau kata-kata kesat itu keluar dari mulut manisku ini.

Boleh ke tak kaum hawa ini,signal tak dipasang main masuk je lane kanan.Dah la aku lagi sikit nak langgar motor.

Bagi pengetahuan umum,motor lak kalau dilanggar cam semut tau.
kalau satu jatuh,satu kaum dari KL ke,Ampang ke,Kampung bharu ker semuanya turun.

***

Semangat asabiah itu terlalu kuat diantara pembonceng-pembonceng.

Aku respek sama sekali dengan semangat itu.serious.

Tetapi kadang-kadang,pada masa kekusutan itulah pergaduhan selalunya akan berputik.haih

***

Yang disalahkannya siapa?
Aku la kan.Yang tidak bersalah.

Sedangkan kaum hawa tadi yang perangai cam lahanat.

Tapi nasib baiklah aku tak langgar motor itu.
Tapi nasib buruk la pulak pada side mirror belah kiri aku.
Dilanggarnya si hawa tadi.Pergh.

Apa yang aku luahkan ini semuanya berdasarkan pengalaman,research dan juga pandangan kaum sedunia.

Aku bukan sexist ke apa.
Aku suka kaum bertentangan.serious.ching~.hee
Aku bukan ghay

Tapi kadang-kadang mentality diorang ini yang buat aku binggung.

Muka cantik,pemikiran gone

Bukan semua kaum hawa sebegini.

20080819

Cuti part 2

Cuti part 2? mana part 1 nye.
Sila cari diblogku ini.Mesti ada satu entry bertajuk Cuti?

***
Cuti:

Idle sementara

Internet connection cam lancau di rumah

Ketandusan idea

Cuti baru nak start,sialan menimpa diri (kasut kena curi,bapak f**k nye)

Poket aku rindukan temannya iaitu duit tapi duit pulak kuat lari dari poket

Akal semakin lama semakin menghilang

Masa cuti adalah masa untuk berhibur (Thank u kawan-kawan Ampang/Melawati/Kuala Lumpur/Subang)

Aku telah hilang nafsu untuk menggunakan laptop aku ini kerana sekarang jikalau di'on'kan.
Tiada benda menarik untuk aku look forward too sebab di rumah tiada aibob

konon-konon hendak mentelaah C-prog (mungkin aku akan mula study pada hari khamis)

***
Handphone:

Tangan kanan aku gila cool.
Tengah malam die leh lak capai handphone aku and secara tiba-tiba,butang nombor 1 di handphone aku akan ditekan.Tetapi panggilan itu dapat diberhentikan oleh tangan aku yang lagi satu iaitu tangan kiriku.

Butang nombor 1 handphone aku tidak akan ditekan selama seminggu =(

Masa cuti lah handphone aku akan menerima paling banyak SMS ini disebabkan ramai manusia/kenalanku yang ketandusan top-up.

Iye top-up,bukannya untuk bertanya khabar tetapi top-up.
Sebagai penjual prepaid yang tegar,aku sudah biasa dengan fenomena ini.

Setiap kali handphone aku mengeluarkan bunyi "Ching~" aku seperti ada ilmu psikik.
Ini kerana aku tidak perlu membaca mesej itu,aku sudah tahu mesej itu dihantar oleh manusia yang sedang ketandusan top-up.

Haha aku katakan.

***
Aktiviti:

Aktiviti harian aku ialah berjalan kaki dari bilik ke tandas sebelah dan juga berjalan-jalan di area Kuala Lumpur-Ampang.

Mencari ketenangan.

Aku suka tengok perangai manusia-manusia di KL.Serious.

***
Keinginan:

Ingin nak pergi bercuti ke apa tetapi status kewangan aku agak cool.

Ingin nak pergi belah-belah utara ke apa tetapi status kewangan aku agak style.

***

Selamat bercuti.selamat tidur.selamat bangun

Nota kaki:
Siapa nak top-up silalah call aku bagi mereka yang aku kenali.haha

Pada siapa yang berminat untuk menjadi agent top-up.silalah mesej saya di La-la box (sori tuty.hee) saya disebelah kanan itu.

Yuran pendaftaran amatlah murah berbanding lain.

Ini bukan mymode.Aku dah bertukar company.

20080813

Hari ini berlakunya suatu perkara yang boleh dikatakan agak"najis".
Akan ku updatekan blogku tetapi bukan sekarang.

Owh yeah,sambil panas-panasku ini,aku happy jugak sebab aku dah start cuti.hee.

Cutiku akan ku habiskan dengan membuat lawatan ke tandas dan juga lawatan ke rumah-rumah jiran bersebelahan.

Aku mungkin sangap dirumah tapi ada orang tu pergi Lang Tengah


Happy nye die =)

***

Bye =(

20080810

?

Hi kawan.

Nak tanya la.
Aku lain ke sekarang?
Aku berubah,iye ker?
Mungkin aku tak perasan.
Mungkin ia satu fasa dalam kehidupan aku ini yang penuh dugaan dan juga cobaan.

Mungkin aku dah lain,mungkin aku dah sedikit berubah dari aku yang lama.

Aku berubah ke teruk ker?

Mungkin aku dulu minat musik camni,sekarang aku minat musik camtu.
Mungkin dulu aku berpakaian sebegini,sekarang sebegitu.
Salah ker?

Aku luah segalanya diblog,kenapa?

Ada orang nak panggil aku bacul ker?

***

Bukannya aku tak nak 'calling-calling' bila kedua-dua belah kaki aku jejak kawasan KL atau Ampang.

Aku turun KL pun atas dasar jumpa keluarga.

Siapa kenal aku,korang mesti paham la kan.

kalau tak,maksudnya korang tak kenal aku lagi la.

Cubalah kenal.

Kalau aku turun Ampang sorang-sorang tu mungkin korang layak la nak marah aku ker aper.


***
"woi raver jom grak Ampang.haha"

***


Tapi kadang-kadang aku ni kan 'weird' skit,aku suka keseorangan.
Ntah la kenapa.

Tapi hidup aku tiada makna kalau takda korang semua.

Aku bukannya tak nak balik Ampang,turun KL,lepak Damai hujung minggu.

Kadang-kadang aku amatlah busy di UNITEN.


***
Korang tanya aku:

"kenapa ko sayang sangat kat uniten?"
"Apa yang bestnye kat uniten yang buat ko taknak balik setiap hujung minggu?"

Aku pun tak tahu nak jawab ape.

Perasaan tu memang dah ada.haih

Mungkin ada sebab lain kot?
hee.

***
Aku nak hamster.
Jom comot pergi beli.
hee


20080805

Kebelakangan ini,aku dapat merasakan diri aku ini dilanda pelbagai emosi.
Nak kata sedih,kadang-kadang.
Nak kata happy,mungkin.
Nak kata murung,tengok keadaan.
Nak kata keseorang,ye sentiasa.

* * *


Aku bersyukur kerana dikurniakan kebolehan untuk menyuarakan pendapat dan perasaan malu aku kadang-kadang kurang sedikit daripada manusia lain.

Aku nak tanya.

Aku ini peramah ke orangnya?
Aku ini senang untuk didampingi ke?
Aku ni mudah cair ke kat kaum yang bertentangan?
Aku ini senang untuk dipergunakan nyeh?

Ramai berkata aku ini periang orangnya.
Itu hanya luaran,dalam siapa tahu.

Luaran mungkin dimata anda aku ini periang,tapi didalam keseorangan,kekosongan.

Pasangan hidup?

Aku kadang-kadang dah sampai satu tahap dah bohsan untuk mencuba,bohsan untuk bekenalan.

Bukan bohsan apa.
Masalah dengan balak sendiri ,aku lak yang kene.haih.
Aku pernah sampai satu tahap dah give up kat kaum hawa.
Aku cakap ini semua atas dasar pengalaman.
Sal tak percaya


Kenal Tengku arif ?

Tanya la dia *aku bersyukur la aku ada kawan yang leh dengar masalah aku,leh konsol aku sumer*

Kadang-kadang aku terfikir juga kenapa aku masih keseorangan?

Susah sangat ke untuk aku mencari:
Seseorang untuk aku meluahkan perasaan bila aku murung?
Seseorang untuk menceriakan aku bila aku rasa sedih,hiba?
Seseorang untuk aku tunjukkan kasih?
Seseorang untuk aku dengan bangganya panggil sayang?

haih.


Aku sendiri tak tahu apa yang aku buat salah.


Pasrah je la.

Orang kata kadang-kadang aku ni nampak kebudak-budakkan.
Mungkin sebab umur aku.

Salah aku ke aku lahir tahun 89'?
Salah ke untuk saya menyukai awak?
Salah ke bila saya ini dimata awak nampak tak matang?
Nak matang,boleh.
Nak serious,senang.

Bila saya tak segumbira biasa.

Saya berperangai sebenar.
Jangan salahkan saya.
Orang kata aku serious,sombong,muka nak langsi la,ni la,tu la.


Sori-lah kalau awak tak boleh terima yang saya minat kat awak.


Hakikatnya saya minat.

Maaf sekali lagi saya ucapkan.


* * *

Aku penat la.

Susah la kalau aku nak gumbirakan semua orang.

Aku dah penat la untuk puaskan hati semua orang.

Mampos la korang,apa yang korang pernah buat kat aku?

Aku kasihankan orang,ada orang lain nak kasihankan aku?


Kene pijak lagi ada la.

Nota:
Aku sumpah jelik kalau kaum hawa itu dah berpunya.
Tolong-tolonglah buat perangai seperti dah berpunya.
Jangan nak memperlagakan sesama kaum adam.

20080802

k e h a d i r a n m u

K e h a d i r a n m u

Terima kasih comot


Lagu baru untuk ku dengar sebelum dibuai mimpi.


Lagu terakhir ku dengar sebelum aku memulakan perjalanan ke dunia dimana aku rajanya,pemerintahnya dan juga penciptanya.

Dunia dimana aku tidak akan merasa sakit,sepi,serabut mahupun kecewa.

Lagu ini penenang jiwaku *buat masa ini*

Comot thank you
Comot terima kasih

hee

Hi comot

Related Posts with Thumbnails