Okey la,hari pun dah malam,otak pun makin kusut,mataku makin lebam,badan makin lemah.
Owh ye,dalam entryku ini akanku gunakan kedua-dua bahasa iaitu bahasa ibundaku dan juga bahasa penjajah kita pada masa dahulu kala.
Aku tulis entry ni pada waktu ni pun sebab nanti takut lupa.So here it goes.
Cuti aku nak dekat sampai penghujungnya,so untuk 'sum it all up',cutiku ini,hurm macam mana nak kata eyh?owh yer,'time was fully utilised' bak kata orang.haha.
Mungkin entry tentang cutiku ini tidak banyak atau tiada,tidak bermakna ia boring atau cam aku selalu cakap 'sangap'.Tak ada makna nyer.
Tiap-tiap hariku dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti riadah bersama rakan atau 'peers'.
Minggu ini macam minggu jejak kasih buatku,aku bertemu ramai kaum kerabatku,kawan-kawan lama sejak dari bangku sekolah,manusia yang jarangku jumpa tetapi selaluku bergayut,meet new people,belajar benda baru,beli kasut baru,hahahaha *mengundang much?haha*,rapatkan silaturahim antara kengkawan dan aku juga sempat balik ke kampung halamanku iaitu Kuala Kangsar,Bandar DiRaja.
Ya,mungkin bagi sesetengah golongan,perkara-perkara yang aku nyatakan,nampak tak 'happening' atau menyeronokkan.
Aku kisah apa korang fikir,bagi aku,jumpa rakan-rakan lama,rapatkan sillaturahim adalah satu benda atau perkara yang buat aku happy atau hurm,buat aku rasa 'euphoric'.Aku suka berjumpa rakan lama dan membuat kawan baru.
Basically,im happy about how my holidays turned out to be.heee.
Okey,aku serious dah mengantuk and kedengaran juga katil kesayanganku memanggil namaku.haha.So bye.
CLEARANCE STOCKS!
3 years ago
No comments:
Post a Comment