20080706

Hi manusia sekalian,saya tahu blog saya ini semuanya masih sama dari isi kandungannya ke penulisannya.haih, semua tidak di'update'.Maaf ku pohon.Kenapa lambat untuk update blog? sebabnya?
Saya amatlah busy dengan program orientasi Jun intake 08/09.Bukannya saya tidak mahu meng'update'kan blog,cuma tiada masa dan kepenatan yang dirasai badan amatlah melampaui tahap dewa.haha.
Sekarang saya akan menceritakan atau mengsimpulkan *ada ke perkataan mengsimpulkan?* sedikit sebanyak tentang program orientasi intake ini.
Manusia yang masuk intake kali ini amatlah banyak,about 1188 people.Fa-c nya cuma 90 orang.Bayangkan macam mana 90 orang fa-c handle 1188 orang?hahaha kukatakan.
Manusia kali ini yang masuk semuanya best-best *group yang aku handle best la,group E4 beb.wohooo*.
Pengalaman yang aku dapat amatlah best sebab ini adalah pertama kali aku jadi fa-c,kalau last year aku jadi peserta sekarang aku pula yang jadi fa-c.
Permulaan aku dalam program asas,aku jadi peserta dan bila berakhirnya zaman asas ku,aku jadi fa-c.Sungguh sentimental aku rasa.hahaha*berapa kali aku nak ulang?hahaha.Blog aku,so mampus lah*.Owh yeah,pengalaman yang aku rasa paling best adalah,seperti biasa,berkenalan dengan manusia-manusia baru.hahaha.
Keputusan aku untuk menjadi fa-c,aku rasa adalah keputusan yang paling bagus pernah aku buat.Biarpun badan letih longlai,biarpun minda kusut serabai tapi pengalaman dan rakan-rakan yang aku dapat,berbaloi sekali.Bak kata orang 'the juice was worth the squeeze'.


Sekarang meh aku cerita sedikit sebanyak tentang dilemma yang sedang aku alami iaitu penukaran course.Aku ditawarkan program ijazah dalam jurusan elektrikal dan elektronik.Tapi niat dalam hati hendakkan mekanikal.So macam biasa,aku pergi ke unit enrolmen,untuk tanya apakah prosedurnya jika seseorang pelajar yang didalam kebuntuan ini hendak menukar coursenya,dengan coolnya, pegawai di kaunter menjawab 'dik,sekarang masa nak tukar course dah takleh,kalau nak tukar kener tunggu sem depan,bulan november'.So aku anggap itu seperti satu petanda dari atas,untuk aku stay dengan course yang telah ditawar.Tapi aku masih berdegil,aku pergi pula berjumpa dengan pegawai lain untuk mendapatkan kepastian.Tetapi pegawai itu tidak kelihatan,satu lagi petanda.Aku pergi lagi bertanya kepada pegawai lain,disini aku mendapat kepastian yang elektrikal dan elektronik memang ditakdirkan untuk aku.Pegawai ini berkata 'dik naper nak tukar course?Kalau nak tukar boleh tapi adik kener tulis surat rayuan,mintak tandatangan dekan adik,timbalan naib cancellor sumer,prosedur dier agak panjang la.Pastu akak raser adik kener bayar rm100.00 kan?'.hahahahahahha aku katakan didalam hatiku yang pada masa itu didalam kebuntuan dan kekusutan.

Ini adalah sedikit sebanyak tentang apa yang sedang aku hadapi.haha.ketawa dalam hati yang masih sedih kerana tidak dapat menukar programnya.Mungkin aku memang ditakdirkan untuk memegang pateri daripada spanar.haih.

-Otak kusut,badan lemah-

No comments:

Related Posts with Thumbnails