Owh sungguh gumbira aku sekali turun ke Temasik.
Aku sukakan Temasik disebabkan beberapa faktor atau sebab.
Antaranya:
1.Kebersihannya.Tiada satu sampah pun di jalan raya mereka.
2.Udara segar (?).Berdiri disebelah bas,masih boleh hidu udara segar bugar.
3.Manusia disana peramah orangnya,sedikit bongkak tetapi majoritinya peramah.
4.Terasa selamat disana apabila berjalan seorang diri di tengah hari buta mahupun di tengah malam.
5.Boleh jelajah habis satu pulau dalam masa 3 hari (?)
6.Superbike disana murah anjing (!)
Meleleh air liur melihat motor disana.
7.Tiada pencemaran bunyi (tiada rempit)
Disini dapat aku rumuskan kenapa Temasik sebegini:
1.Negara kecil.
Aku bina menara 40 tingkat sudah boleh nampak sesiapa sahaja yang mahu lari dari pulau.(betapa kecilnya negara ini)
Maka peratus kes-kes jenayah minima kerana tiada tempat untuk lari.
Dikelilingi air.
Padan muka.
2.Negara kecil.
Aku campak Temasik ke dalam Kedah pun aku rasa dah hilang.
Apabila manusia-manusia di syarikat percetakan hendak buatkan peta,Temasik hanya memerlukan setitik dakwat untuk memetakannya.
Tiada pembaziran berlaku.
3.Negara kecil.
Bilangan anggota keselamatan di Selangor sahaja dah dapat 'cover' satu Temasik (menunjukkan negara ini sungguh kecil)
Bilangan mata-matanya sahaja sudah mewakili separuh daripada populasi keseluruhan (aku tipu sikit) maka tiada sesiapa yang berani buang sampah mahupun melakukan sebarang kesalahan.
Tiang traffik pada setiap 100 meter(aku tipu) dan tiada jalanraya yang panjang dan lebar seperti MRR2,KESAS,FEDERAL,AKLEH,DUKE maka tiada aktiviti lumba haram yang dapat dijalankan.
Pencemaran bunyi dan keselamatan dapat dihindari.
Rempit disana rempit berkelas.
Semuanya membonceng motor superbike seperti yang terdapat di blog ini.
Murah anjing superbike disana.
4.Negara kecil.
Risiko tinggi jikalau berlakunya pencemaran.
Kerana bilangan bukit/tempat yang mempunyai udara segar tidak mencukupi.
Kalau disini,jikalau udara tercemar,kita sebagai warga Malaysia boleh lari ke Bukit Antarabangsa,Bukit Cameron,Bukit Tinggi,Pulau Langkawi (Kita mempunyai beberapa pulau sedangkan Temasik itu sendiri adalah pulau (!)).
5.Negara kecil.
Manusia disana haruslah tanam sikap ramah mesra didalam diri masing-masing kerana jikalau mereka berperangai buruk di antara satu sama lain.
Tak lari jauh lah jikalau tidak mahu bersemuka.
Woodland ke Geylang(?)jauh la sangat(!)
Kalau disini,boleh lari ke Pahang(celah-celah Banjaran Titiwangsa),kalau kaya boleh lari ke Sabah atau Sarawak.
6.Negara kecil.
Kerajaan Temasik jana wang hanya perlu majukan Temasik itu sendiri.
Disini kerajaan pusat harus menyalur bantuan ke Kerajaan Negeri,13 Negeri,3 perseketuan(!)
Tidak semestinya semua negeri akan sama tarafnya dengan negeri lain.
Maka wang yang dijana,disalurkan sama rata.
7.Negeri kecil.
Full stop.
Banyak benda boleh dilakukan dengan negara yang kecil.
Sama konsepnya dengan keluarga.
Keluarga yang mempunyai 8 anak sememangnya ekonominya tidak seperti keluarga yang mempunyai 1 anak.
Gunakan akal dan logik apabila membuat sesuatu penilaian.
Temasik sememangnya best sebagai destinasi untuk melancong tetapi untuk mendirikan kehidupan (?)
Maaflah,kebebasan nyata disisi Malaysiaku.

Malaysiaku Negaraku Tempatku Darahku Rumahku.
Aku c e r i a

No comments:
Post a Comment